Kamis, 09 April 2020

005- Kajian Kitab Riyadussholihiin Edisi-3 Bab Ikhlas Dan Niat:

Assalamualaikum  Warahmatullahi Wabarakatuah.

Kajian Kitab Riyadussholihiin Edisi-3

Lanjutan Bab Ikhlas Dan Niat. 



Bismillahirrahmanirrahiim

03-باب الإخلاص وإحضار النية في جميع الأعمال والأقوال والأحوال البارزة والخفية

7- وعنْ أبي هريرةَ عبدِ الرحمانِ بنِ صخرٍ رضي الله عنه ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم :    (( إنَّ الله لا ينْظُرُ إِلى أجْسَامِكُمْ ، ولا إِلى صُوَرِكمْ ، وَلَكن ينْظُرُ إلى قُلُوبِكمْ وأعمالكم )) رواه مسلم .

8- وعن أبي موسى عبدِ اللهِ بنِ قيسٍ الأشعريِّ رضي الله عنه ، قَالَ : سُئِلَ رسولُ الله صلى الله عليه وسلم عَنِ الرَّجُلِ يُقاتلُ شَجَاعَةً ، ويُقَاتِلُ حَمِيَّةً، ويُقَاتِلُ رِيَاءً، أَيُّ ذلِكَ في سبيلِ الله ؟ فقال رَسُول الله صلى الله عليه وسلم : (( مَنْ قَاتَلَ لِتَكونَ كَلِمَةُ اللهِ هي العُلْيَا ، فَهوَ في سبيلِ اللهِ )) مُتَّفَقٌ عَلَيهِ .

Terjemah:

Keikhlasan dan menghadhirkan niat dalam segala perbuatan, ucapan dan keadaan yang nyata dan yang samar.

7. Dari Abu Hurairah, iaitu Abdur Rahman bin Shakhr radhiyallahu anhu., katanya: Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya Allah ta'ala itu tidak melihat kepada tubuh-tubuhmu, tidak pula kepada bentuk rupamu, tetapi Allah melihat kepada hati-hatimu sekalian." (riwayat muslim)

 8. Dari Abu Musa, yakni Abdullah bin Qais al-Asy'ari radhiyallahu anhu, katanya: "Rasulullah shalallahu alai wasallam. ditanya perihal seseorang yang berperang dengan tujuan menunjukkan keberanian, ada lagi yang berperang dengan tujuan kesombongan ada yang artinya kebencian ada pula yang berperang dengan tujuan pameran -menunjukkan pada orang-orang lain kerana ingin berpamer. Manakah di antara semua itu yang termasuk dalam jihad fisabilillah?
Rasulullah shalallahu alaihi wasallam menjawab:
"Barangsiapa yang berperang dengan tujuan agar kalimat Allah agama Islam - itulah yang luhur, maka ia disebut jihad fi-sabilillah." (Muttafaq 'alaih)

Keterangan:

Hadis di atas dengan jelas menerangkan semua amal perbuatan itu hanya dapat dinilai baik, jika baik pula niat yang terkandung dalam hati orang yang melakukannya.

Selain itu dijelaskan pula bahawa keutamaan yang nyata bagi orang-orang yang berjihad melawan musuh di medan perang itu semata-mata dikhususkan untuk mereka yang berjihad fisabilillah, yakni tiada maksud lain kecuali untuk meluhurkan kalimat Allah, iaitu Agama Islam.

■■■■■■■■■■

Karya: Syaikh Imam An-Nawai radhyiyallahu anhu.

Tidak ada komentar:

067-Kiat Meredam Amarah: Doc-1305

  Masyruch El Basyirah​  23 Februari 2017 pukul 2:09 Assalamu'alaikum MTTM. Mohon shar tentang cara menanggulangi amarah . Se...