Kami mohon kerja sama anda bila menjumpai postingan yang bertentangan dengan mana-mana pihak atau artikel yang kami terapkan kurang berkenan dihati anda mohon dimaklumi, niat kami hanya ingin mengambil manfaat dan barokah nya. Ttd: Dakwah Islami Penyejuk Qalbu.
Minggu, 26 April 2020
053- Kajian Kitab Riyadussholihiin Bab Bersegera Kepada Kebaikan - 26
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Kajian Kitab Royadussholihiin Edisi-26
9/10- BAB BERSEGERA KEPADA KEBAIKAN
9/10- باب المبادرة إلى الخيرات، وحثِّ من توجه لخير على الإقبال عليه بالجد من غير تر
قَالَ الله تَعَالَى: {فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَات} [البقرة: 148].
أي سارعوا إليها قبل فواتها. وَقالَ تَعَالَى: {وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ} [آل عمران: 133]. يقول تعالى: بادروا إلى مغفرة من ربكم أعمال توجب المغفرة، كالإسلام، والتوبة، وأداء الفرائض، {وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ}، وخصَّ العرض بالذكر؛ لأنَّ طول كل شيء غالبًا أكثر من عرضه، وأما طولها فلا يعلمه إلا الله.
وأما الأحاديث:
1/87-فالأولُ: عن أبي هريرة رضي الله عنه: أن رَسُول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((بَادِرُوا بِالأعْمَال فتنًا كقطَعِ اللَّيْلِ المُظْلِمِ، يُصْبحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا، وَيُمْسِي مُؤمِنًا ويُصبحُ كَافِرًا، يَبيعُ دِينَهُ بعَرَضٍ مِنَ الدُّنيا)). رواه مسلم. في هذا الحديث: الحث على اغتنام الأعمال الصالحة قبل ظهور ما يمنعها.
2/88-الثَّاني: عن أبي سِروْعَة- بكسر السين المهملة وفتحها- عُقبةَ بن الحارث رضي الله عنه قَالَ: صَلَّيتُ وَرَاءَ النَّبيّ صلى الله عليه وسلم بالمَدِينَةِ العَصْرَ، فَسَلَّمَ ثُمَّ قَامَ مُسْرِعًا، فَتَخَطَّى رِقَابَ النَّاسِ إِلَى بعْضِ حُجَرِ نِسَائِهِ، فَفَزِعَ النَّاسُ مِنْ سُرْعَتِهِ، فَخَرَجَ عَلَيهمْ، فَرأى أنَّهمْ قَدْ عَجبُوا مِنْ سُرعَتهِ، قَالَ: ((ذَكَرتُ شَيئًا مِنْ تِبرٍ عِندَنَا فَكَرِهتُ أنْ يَحْبِسَنِي فَأمَرتُ بِقِسْمَتِهِ)). رواه البخاري. وفي رواية لَهُ: ((كُنتُ خَلَّفتُ في البَيْتِ تِبرًا مِنَ الصَّدَقةِ فَكَرِهتُ أنْ أُبَيِّتَهُ)). ((التِّبْرُ)): قِطَعُ ذَهَبٍ أَوْ فِضَّةٍ. في هذا الحديث: المبادرة لأداء القُرُبات، وفعل الخيرات.
3/89-الثالث: عن جابر رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رجل للنبي صلى الله عليه وسلم يَومَ أُحُد: أَرَأيتَ إنْ قُتِلتُ فَأَيْنَ أَنَا؟ قَالَ: ((في الجنَّةِ)) فَأَلْقَى تَمَرَاتٍ كُنَّ في يَدِهِ، ثُمَّ قَاتَلَ حَتَّى قُتِلَ. مُتَّفَقٌ عَلَيهِ. في هذا الحديث: المبادرة إلى الخير، والمسارعة إليه. وفيه: ما كان الصحابة عليه من حب نصر الإسلام، والرغبة في الشهادة ابتغاء مرضاة الله وثوابه.
4/90-الرابع: عن أبي هريرة رضي الله عنه، قَالَ: جاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ: يَا رسولَ الله، أيُّ الصَّدَقَةِ أعْظَمُ أجْرًا؟ قَالَ: ((أنْ تَصَدَّقَ وَأنتَ صَحيحٌ شَحيحٌ، تَخشَى الفَقرَ وتَأمُلُ الغِنَى، وَلا تُمهِلْ حَتَّى إِذَا بَلَغتِ الحُلقُومَ قُلْتَ لِفُلان كذا ولِفُلانٍ كَذا، وقَدْ كَانَ لِفُلانٍ)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ. ((الحُلقُومُ)): مَجرَى النَّفَسِ. وَ((المَرِيءُ)): مجرى الطعامِ والشرابِ. في هذا الحديث: فضل الصدقة في حال الصحة. وروى أبو داود وغيره عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لأن يتصدَّق المرءُ في حياته بدرهم خير له من أنْ يتصدق بمائة عند موته)).
5/91-الخامس: عن أنس رضي الله عنه: أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم أخذ سيفًا يَومَ أُحُدٍ، فَقَالَ: ((مَنْ يَأخُذُ منِّي هَذَا؟)) فَبَسطُوا أيدِيَهُمْ كُلُّ إنسَانٍ مِنْهُمْ يقُولُ: أَنَا أَنَا. قَالَ: ((فَمَنْ يَأخُذُهُ بحَقِّه؟)) فَأَحْجَمَ القَومُ فَقَالَ أَبُو دُجَانَةَ رضي الله عنه: أنا آخُذُهُ بِحَقِّهِ، فأخذه فَفَلقَ بِهِ هَامَ المُشْرِكِينَ. رواه مسلم. اسم أبي دجانةَ: سماك بن خَرَشة. قوله: ((أحجَمَ القَومُ)): أي توقفوا. وَ((فَلَقَ بِهِ)): أي شق. ((هَامَ المُشرِكينَ)): أي رُؤُوسَهم. في هذا الحديث: المبادرة إلى قتال المشركين بالجد إذا أمكن ذلك. وفي بعض السير عن الزبير قال: وجدت في نفسي حين سألت النبي صلى الله عليه وسلم السيف فَمُنِعْتُهُ، وأعطاه أبا دجانة، فقلت: والله لأنظرن ما يصنع فاتّبعته، فأخذ عصابة حمراء فعصب بها رأسه، فقالت الأنصار: أخرج أبو دجانة عصابة الموت. فخرج وهو يقول: أنا الذي عاهدني خليلي ** ونحن بالسفح لدى النخيل أَلا أقوم الدهر في الكيول ** أضرب بسيف الله والرسول فجعل لا يلقى أحدًا إلا قتله.
6/92-السادس: عن الزبير بن عدي، قَالَ: أتينا أنسَ بن مالك رضي الله عنه فشكونا إِلَيْه مَا نلقى مِنَ الحَجَّاجِ. فَقَالَ: ((اصْبرُوا؛ فَإنَّهُ لا يَأتي عَلَيْكُم زَمَانٌ إلا والَّذِي بَعدَهُ شَرٌّ مِنهُ حَتَّى تَلقَوا رَبَّكُمْ)) سَمِعتُهُ مِنْ نَبِيِّكُمْ صلى الله عليه وسلم. رواه البخاري. في هذا الحديث: أنه ينبغي للإنسان أن يبادر لصالح الأعمال وإن لحقته المتاعب والمشاق، ولا يترقب الخلو عن ذلك. قال الشاعر: يا زمان بكيت منه، فلما ** صرت في غيرِه بكيتُ عليه قال بعض العلماء: الوقت سيف إن لم تقطعه بصالح العمل ذهب عليك بلا فائدة. فلا راحة للمؤمن دون لقاء ربه.
7/93-السابع: عن أبي هريرة رضي الله عنه: أن رَسُول الله صلى الله عليه وسلم، قَالَ: ((بادِرُوا بِالأَعْمَالِ سَبْعًا، هَلْ تَنْتَظِرُونَ إلا فَقرًا مُنسيًا، أَوْ غِنىً مُطغِيًا، أَوْ مَرَضًا مُفسِدًا، أَوْ هَرَمًا مُفْندًا، أَوْ مَوتًا مُجْهزًا، أَوْ الدَّجَّالَ فَشَرُّ غَائِبٍ يُنْتَظَرُ، أَوْ السَّاعَةَ فالسَّاعَةُ أدهَى وَأَمَرُّ)). رواه الترمذي، وَقالَ: (حديث حسن). في هذه الحديث: الحث على المبادرة بالأعمال الصالحة قبل الموانع الطارئة.
8/94-الثامن: عَنْهُ: أن رَسُول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ يَومَ خيبر: ((لأُعْطِيَنَّ هذِهِ الرَّايَةَ رَجُلًا يُحِبُّ اللهَ وَرَسُولَهُ يَفتَحُ اللهُ عَلَى يَدَيهِ)). قَالَ عُمَرُ رضي الله عنه: مَا أحبَبْتُ الإِمَارَة إلا يَومَئِذٍ، فَتَسَاوَرتُ لَهَا رَجَاءَ أنْ أُدْعَى لَهَا، فَدَعا رسولُ الله صلى الله عليه وسلم عليّ بن أبي طالب رضي الله عنه فَأعْطَاهُ إيَّاهَا، وَقالَ: ((امْشِ وَلا تَلتَفِتْ حَتَّى يَفتَح اللهُ عَلَيكَ)). فَسَارَ عليٌّ شيئًا ثُمَّ وَقَفَ ولم يلتفت فصرخ: يَا رَسُول الله، عَلَى ماذا أُقَاتِلُ النّاسَ؟ قَالَ: ((قاتِلْهُمْ حَتَّى يَشْهَدُوا أنْ لا إله إلا اللهُ، وَأنَّ مُحَمدًا رسولُ الله، فَإِذَا فَعَلُوا ذلك فقَدْ مَنَعوا مِنْكَ دِمَاءهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إلا بحَقِّهَا، وحسَابُهُمْ عَلَى الله)). رواه مسلم.
((فَتَسَاوَرْتُ)) هُوَ بالسين المهملة: أي وثبت متطلعًا. في هذا الحديث: الحث على المبادرة إلى ما أمر به، والأخذ بظاهر الأمر وترك الوجوه المحتملات إذا خالفت الظاهر لأنَّ عليَّا وقف ولم يلتفت.
Terjemah:
Bersegera Kepada Kebaikan Dan Menganjurkan Kepada Orang Yang Menuju Kebaikan Supaya Menghadapinya Dengan Sungguh-sungguh Tanpa Keragu-raguan:
Allah Ta'ala berfirman: "Maka berlumba-lumbalah engkau sekalian untuk mengerjakan berbagai kebaikan." (al-Baqarah: 148)
Allah Ta'ala berfirman pula: "Dan bersegeralah engkau sekalian menuju pada pengampunan dari Tuhanmu dan juga memasuki syurga yang luasnya adalah seperti langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa." (ali-lmran: 133)
Adapun Hadis-hadisnya ialah:
1/87- Pertama: Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda: "Bersegeralah engkau sekalian untuk melakukan amalan-amalan yang bagus-bagus sebelum datangnya bermacam-macam fitnah yang diumpamakan sebagai potongan potongan dari malam yang gelap gulita." Berpagi-pagi seseorang itu menjadi orang mu'min dan berpetang-petang menjadi orang kafir, ada lagi yang berpetang-petang masih sebagai seorang mu'min, tetapi berpagi-pagi telah menjadi seorang kafir. Orang itu menjual agamanya dengan harta dari keduniaan." (Riwayat Muslim)
2/88- Kedua: Dari Abu Sirwa'ah (dengan kasrahnya sin yang muhmalah dan boleh pula dengan difathahkannya), iaitu 'Uqbah bin al-Harits rdhiyallahu anhu, katanya: "Saya bersembahyang di belakang Nabi ﷺ di Madinah yakni shalat 'ashar. Kemudian setelah bersalam lalu berdiri bergegas-gegas, terus melangkahi leher orang-orang banyak untuk menuju ke salah satu bilik isterinya. Orang-orang banyak yang takut kerana melihat bergegas-gegasnya beliau itu. Selanjutnya Nabi ﷺ keluar lagi menemui sahabat sahabatnya itu lalu mengetahui bahawa mereka itu benar-benar terhairan-hairan kerana bergegas-gegasnya tadi. Beliau ﷺ lalu bersabda: "Saya ingat pada sepotong emas yang ada di tempatku, maka saya tidak senang kalau benda itu mengganggu fikiranku untuk menghadap Allah Ta'ala. Oleh sebab itu saya menyuruh supaya benda tadi dibahagi bahagikan." (Riwayat Bukhari) Dan disebutkan dalam riwayat Imam Bukhari yang lain demikian: "Saya meninggalkan di rumah sepotong emas dari hasil sedekah, maka saya tidak senang kalau sampai menginapkannya." At-tibru, ertinya ialah potongan-potongan emas atau perak.
3/89- Ketiga: Dari Jabir radhiyallahu anhu katanya: Ada seorang lelaki berkata kepada Nabi ﷺ pada hari perang Uhud: "Bagaimanakah pendapat Tuan jikalau saya terbunuh, di manakah tempatku?" Nabi ﷺ bersabda: "Dalam syurga." Orang tersebut lalu melemparkan beberapa buah kurma yang masih di tangannya kemudian berperang sehingga ia dibunuh - mati syahid." (Muttafaq 'alaih)
4/90- Keempat: Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, katanya: "Ada seorang lelaki datang kepada Nabi ﷺ lalu berkata: "Ya Rasulullah, sedekah manakah yang teragung pahalanya?" Beliau ﷺ bersabda: "Iaitu jikalau engkau bersedekah, sedangkan engkau itu masih sihat dan sebenarnya engkau kikir merasa sayang mengeluarkan sedekah itu, kerana takut menjadi fakir dan engkau amat mengharap-harapkan untuk menjadi kaya. Tetapi janganlah engkau menunda-nunda sehingga apabila nyawamu telah sampai di kerongkong lalu berkata: "Untuk si Fulan itu, yang ini dan untuk si Fulan ini, yang itu, sedangkan orang yang engkau maksudkan itu telah memiliki apa yang hendak kau berikan." (Muttafaq 'alaih) Hulqum adalah jalan pernafasan sedang mari' adalah jalan makan dan minuman.
5/91- Kelima: Dari Anas radhiyallahu anhu bahawasanya Rasulullah ﷺ mengambil pedangnya pada hari perang Uhud, kemudian bersabda: "Siapakah yang suka mengambil pedang ini daripadaku?" Orang-orang sama mengacungkan tangannya masing-masing, yakni setiap orang dari sahabat-sahabat itu berbuat demikian sambil berkata: "Saya, saya." Beliau berkata lagi: "Siapakah yang dapat mengambilnya dengan menunaikan haknya?" Orang-orang semuanya berdiam diri. Selanjutnya Abu Dujanah namanya sendiri Simak bin Kharsah berkata: "Saya dapat mengambil pedang itu dengan menunaikan haknya." Pedang itu lalu digunakan oleh Abu Dujanah untuk memenggal kepala-kepala kaum musyrikin." (Riwayat Muslim)
5/92- Keenam: Dari Zubair bin 'adiy, katanya: "Kita semua mendatangi Anas bin Malik radhiyallahu anhu kemudian kita mengadukan padanya perihal apa yang kita temui dari perlakuan Hajjaj seorang panglima dari dinasti Bani Umayyah dan ia adalah seorang zalim, lalu Anas berkata: "Bersabarlah engkau sekalian, sebab sesungguhnya saja tidaklah datang sesuatu zaman melainkan apa yang sesudahnya itu tentu lebih buruk daripada zaman itu sendiri, demikian itu sehingga engkau sekalian menemui Tuhanmu. Ucapan semacam ini pernah saya dengar dari Nabimu sekalian ﷺ (Riwayat Bukhari)
6/93- Ketujuh: Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda: "Bersegeralah engkau sekalian melakukan amalan-amalan yang baik sebelum datangnya tujuh macam perkara. Apakah engkau sekalian menantikan enggan melakukan dulu, melainkan setelah tibanya kefakiran yang melalaikan, atau tibanya kekayaan yang menyebabkan kecurangan, atau tibanya kesakitan yang merosakkan, atau tibanya usia tua yang menyebabkan ucapan-ucapan yang tidak keharuan lagi, atau tibanya kematian yang mempercepatkan lenyapnya segala hal, atau tibanya Dajjal, maka ia adalah seburuk-buruk makhluk ghaib yang ditunggu, atau tibanya hari kiamat, maka hari kiamat itu adalah lebih besar bencananya serta lebih pahit penanggunggannya." Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
7/94- Kelapan: Dari Abu Hurairah radhiyalllahu anhu pula bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda pada hari perang Khaibar: "Nescayalah bendera ini akan kuberikan kepada seseorang lelaki yang mencintai Allah dan RasulNya, Allah akan membebaskan beberapa benteng musuh atas kedua tangannya." Umar radhiyallahu anhu berkata: "Saya tidak menginginkan keimarahan kepemimpinan di medan perang melainkan pada hari itu belaka kemudian saya bersikap untuk menonjolkan diri pada Nabi ﷺ dengan harapan agar saya dipanggil untuk memegang bendera itu. Tiba-tiba Rasulullah ﷺ memanggil Ali bin Abu Thalib radhiyallahu anha lalu memberikan bendera tadi padanya dan beliau ﷺ bersabda: "Berjalanlah dan jangan menoleh-noleh lagi sehingga Allah akan membebaskan benteng-benteng musuh atasmu." Ali berjalan beberapa langkah kemudian berhenti dan tidak menoleh, kemudian berteriak "Ya Rasulullah, atas dasar apakah saya akan memerangi para manusia?" Rasulullah ﷺ menjawab: "Perangilah mereka sehingga mereka suka menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad adalah pesuruh Allah. Apabila orang itu telah berbuat demikian, maka tercegahlah mereka itu daripadamu, baik darah dan harta mereka, melainkan dengan haknya, sedang hisab mereka itu adalah tergantung pada Allah." (Riwayat Muslim)
Fatasaawartu, dengan sin muhmalah (yakni sin tak bertitik dan bukan syin yang bertitik tiga di atas), ertinya: "Saya melompat ke muka untuk menampakkan diri."
=========
Keterangan:
Maksud dari Hadis di atas itu ialah bahawa yang diperintahkan oleh Rasulullah ﷺ kepada Sayidina Ali radhiyallahu anhu dan seluruh pasukannya ialah memerangi manusia-manusia musyrik yakni yang menyembah selain Allah atau yang tidak mempercayai adanya Allah serta keesaanNya dan tidak pula mempercayai tentang diutusnya Nabi Muhammad ﷺ Tetapi apabila mereka suka mengikuti seruan agama Islam yang benar, sama sekali tidak boleh diganggu, baik keselamatan jiwa atau pun harta mereka. Namun demikian, manakala hak atau ketentuan agama Islam menghendaki, boleh saja seseorang itu dibunuh, seperti orang yang sengaja membunuh orang lain. Jadi sekalipun sudah masuk Islam wajib pula dibunuh sebagai qishash atau balasan pembunuhannya. Demikian pula seperti dipotong tangan kerana mencuri yang sudah mencapai batas untuk bolehnya dipotong atau pun diberi hukuman pukul (didera) serta direjam, menurut ketentuannya sendiri-sendiri, jika melakukan perzinaan dan lain-lain lagi. Inilah yang dimaksudkan dengan sabda Nabi ﷺ "Kecuali dengan haknya." Mengenai hisab atau perhitungan amal perbuatan mereka adalah menjadi urusan Allah Ta'ala sendiri. Perlu dimaklumi bahawa golongan Ahlulkitab yakni kaum yang beragama Nasrani atau Yahudi, tidak boleh secara langsung diperangi. Mereka diperbolehkan memilih salah satu di antara dua hal yakni membayar pajak. Ini adalah pilihan yang pertama. Jika mereka suka melaksanakan itu, mereka pun wajib dilindungi keselamatan diri dan hartanya. Tetapi jikalau enggan, maka pilihan kedua boleh dilaksanakan, iaitu boleh diperangi.
Catatan:
ُHadist ini memberikan suatu isyarat bahwa pada akhir zaman nanti akan banyak sekali terjadi berbagai macam fitnah dan datang secara beruntun-runtun. Setiap satu macam fitnah telah lenyap, lalu disusul pula oleh fitnah yang lainnya. Semoga kita dikaruniai keselamatan oleh Allah.
⏬⏬⏬⏬⏬⏬⏬⏬⏬
Karya: Al-Imam Al-Allamah Abu Zakaria Muhyiddin bin Syaraf an-Nawawi ad-Dimasyqi radhiyalllahu anhu.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
067-Kiat Meredam Amarah: Doc-1305
Masyruch El Basyirah 23 Februari 2017 pukul 2:09 Assalamu'alaikum MTTM. Mohon shar tentang cara menanggulangi amarah . Se...
-
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh. Kajian Kitab Riyadussholihiin Edisi-23 7 - Bab : Yakin Dan Tawakkal. 7 - باب اليقين ...
-
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh Kajian Kitab Risalatul Muawanah Edisi Ke-22 Berpegang Teguh Pada Al-Qur`an Dan Hadits. ...
-
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh. Kajian Kitab Risalatul Muawanah Edisi-9 Tentang Sholat Dhuha Bab-9 Shalat Dhuha: ...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar