Asssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.
۞ BAB SABAR ۞
لبسم الله الرحمن الرحيم
٣/١٣- باب الصبر
٢٦- وعن أبي سعيد سعد بن مالك بن سنان الخدري رضي الله عنهما: "أن ناساً من الأنصار سألوا رسول الله صلى الله عليه وسلم فأعطاهم، ثم سألوه فأعطاهم ، حتى نفد ما عنده، فقال لهم حين أنفق كل شيء بيده : "ما يكن عندي من خير فلن أدخره عنكم ، ومن يستعفف يعفه الله، ومن يستغن يغنه الله، ومن يتصبر يصبره الله. وما أعطي أحد عطاءً خيراً وأوسع من الصبر" ((متفق عليه)) .
٢٧- وعن أبي يحيى صهيب بن سنان رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم "عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله له خير، وليس ذلك لأحد إلا للمؤمن : إن أصابته سراء شكر فكان خيراً له، وإن أصابته ضراء صبر فكان خيراً له" ((رواه مسلم)).
٢٨- وعن أنس رضي الله عنه قال: لما ثقل النبي صلى الله عليه وسلم جعل يتغشاه الكرب فقالت فاطمة رضي الله عنها: واكرب أبتاه. فقال : "ليس على أبيك كرب بعد اليوم" فلما مات قالت : يا أبتاه أجاب رباً دعاه، يا أبتاه جنة الفردوس مأواه، يا أبتاه إلى جبريل ننعاه، فلما دفن قالت : فاطمة رضي الله عنها: أطابت أنفسكم أن تحثوا على رسول الله صلى الله عليه وسلم التراب؟ ((رواه البخاري)).
٢٩- وعن أبي زيد أسامة بن زيد بن حارثة مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم وحبه وابن حبه، رضي الله عنهما، قال: أرسلت بنت النبي صلى الله عليه وسلم : إن ابني قد احتضر فاشهدنا، فأرسل يقرئ السلام ويقول: "إن لله ما أخذ، وله ما أعطى، وكل شيء عنده بأجل مسمى، فلتصبر ولتحتسب" فأرسلت إليه تقسم عليه ليأتينها. فقام ومعه سعد بن عبادة، ومعاذ بن جبل، وأبي بن كعب، وزيد بن ثابت، ورجال رضي الله عنهم، فرفع إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم الصبي فأقعده في حجره ونفسه تقعقع، ففاضت عيناه، فقال سعد: يا رسول الله ماهذا؟ فقال: "هذه رحمة جعلها الله تعالى في قلوب عباده" وفى رواية : "في قلوب من شاء من عباده وإنما يرحم الله من عباده الرحماء" ((متفق عليه)) . ومعنى تقعقع : تتحرك وتضطرب.
Terjemah:
26. Dari abu Said iaitu Sa'ad bin Malik bin Sinan al-Khudri radhiallahu 'anhuma bahawasanya ada beberapa orang dari kaum Anshar meminta sedekah kepada rasulullah shallallahu alaihi wasallam lalu beliau memberikan sesuatu pada mereka itu, kemudian mereka meminta lagi dan beliau pun memberinya pula sehingga habislah harta yang ada di sisinya, kemudian setelah habis membelanjakan segala sesuatu dengan tangannya itu beliau bersabda: "Apa saja kebaikan yakni harta yang ada di sisiku, maka tidak sekali-kali akan ku simpan sehingga tidak ku berikan padamu semua, tetapi oleh sebab sudah habis, maka tidak ada yang dapat diberikan. Barangsiapa yang menjaga diri dari meminta-minta pada orang lain, maka akan diberi rezeki kepuasan oleh Allah dan barangsiapa yang merasa dirinya cukup maka akan diberi kekayaan oleh Allah kaya hati dan jiwa dan barangsiapa yang berlaku sabar maka akan dikuruniai kesabaran oleh Allah. Tiada seorangpun yang dikuruniai suatu pemberian yang lebih baik serta lebih luas kegunaannya daripada kurunia kesabaran itu." (Muttafaq 'alaih)
27. Dari abu Yahya, iaitu Shuhaib bin Sinan radhiyallahu anhu katanya: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: "Amat menghairankan sekali keadaan orang mu'min itu, sesungguhnya semua keadaannya itu adalah merupakan kebaikan baginya dan kebaikan yang sedemikian itu tidak akan ada lagi seseorang pun melainkan hanya untuk orang mu'min itu belaka, iaitu apabila ia mendapatkan kelapangan hidup, ia pun bersyukurlah, maka hal itu adalah kebaikan baginya, sedang apabila ia ditimpa oleh kesukaran yakni yang merupakan bencana ia pun bersabar dan hal ini pun adalah merupakan kebaikan baginya." (Riwayat Muslim)
28. Dari Anas radhiyallahu anhu katanya: "Ketika nabi shallallahu alaihi wasallam sudah berat sakitnya, maka beliau pun diliputi oleh kedukaan kerana menghadapi sakaratulmaut, kemudian Fathimah radhiallahu 'anha berkata: ''Aduhai kesukaran yang dihadapi ayahanda." Beliau shallallahu alaihi wasallam lalu bersabda: "Ayahmu tidak akan memperolehi kesukaran lagi sesudah hari ini. "Selanjutnya setelah beliau shallallahu alaihi wasallambwafat, Fathimah berkata: "Aduhai ayahanda, beliau telah memenuhi panggilan tuhannya. Aduhai ayahanda, syurga firdaus adalah tempat kediamannya. Aduhai ayahanda, kepada Jibril kita sampaikan berita wafatnya. "Kemudian setelah beliau dikebumikan, Fathimah radhiallahu anha berkata pula: "Hai Anas, mengapa hatimu semua merasa tenang dengan menyebarkan tanah di atas makam rasulullah shallallahu alaihi wasallam itu? "Maksudnya: Melihat betapa besar kecintaan para sahabat kepada beliau shallallahu alaihi wasallam itu tentunya akan merasa tidak sampai hati mereka untuk menutupi makam rasulullah shallallahu alaihi wasallam dengan tanah. Mendengar ucapan Fathimah radhiallahu 'anha ini, Anas radhiyallahu anhu diam belaka dan tentunya dalam hati ia berkata: "Hati memang tidak sampai berbuat demikian, tetapi sudah demikian itulah yang diperintahkan oleh beliau shallallahu alaihi wasallam sendiri." (Riwayat Bukhari)
29. Dari Abu Zaid, iaitu Usamah bin Zaid bin Haritsah, sahaya Rasulullah shallallahu alaihi wasallam serta kekasihnya serta putera kekasihnya pula radhiallahu 'anhuma, katanya: "Puteri nabi shallallahu alaihi wasallam mengirimkan berita kepada nabi shallallahu alaihi wasallam bahawa anakku sudah hampir meninggal dunia, maka dari itu diminta supaya menyaksikan keadaan kita." Kita: yakni yang akan meninggal serta yang sedang menungguinya. Beliau lalu mengirimkan khabar sambil menyampaikan salam, katanya: "Sesungguhnya bagi Allah adalah apa yang Dia ambil dan bagiNya pula apa yang Dia berikan dan segala sesuatu di sampingnya itu adalah dengan ajal yang telah ditentukan, maka hendaklah bersabar dan berniat mencari keredhaan Allah" Puteri nabi shallallahu alaihi wasallam mengirimkan berita lagi serta bersumpah nadanya supaya beliau suka mendatanginya dengan sungguh-sungguh. Beliau shallallahu alaihi wasallam lalu berdiri dan disertai oleh Sa'ad bin Ubadah, Mu'az bin Jabal, Ubai bin Ka'ab dan Zaid bin Tsabit dan beberapa orang lelaki lain radhiallahu 'anhum. Anak kecil itu lalu disampaikan kepada Rasulullah shallallahu alaihi wasallam kemudian diletakkannya di atas pangkuannya sedang nafas anak itu termengah-mengah. Kemudian melelehlah airmata dari kedua mata beliau shallallahu alaihi wasallamb itu. Sa'ad berkata: "Hai Rasulullah, apakah itu?" Beliau shallallahu alaihi wasallam
menjawab: "Airmata ini adalah sebagai kesan dari kerahmatan Allah ta'ala dalam hati para hambanya" Dalam riwayat lain disebutkan: "Dalam hati siapa saja yang disukai oleh-Nya daripada hamba-Nya. Hanya saja Allah itu merahmati dari golongan hamba-hamba-Nya yakni orang-orang yang menaruh belas kasihan pada sesamanya." (Muttafaq 'alaih)
Makna( تقعقع) Taqa'qa'u ialah bergerak dan bergoncang keras (berdebar-debar).
☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Karya: Syaikh Imam An-Nawawi radhiyallahu anhu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar