Kajian Kitab Riyadussholihiin Edisi-24
Bab : Bertindak Lurus :
8-باب الاستقامة
قال الله تعالى:{فاستقم كما أمرت} ((هود : ١١٢))
وقال تعالى: { إن الذين قالوا ربنا الله ثم استقاموا تتنزل عليهم الملائكة أن لا تخافوا ولا تحزنوا وأبشروا بالجنة التي كنتم توعدون، نحن أولياؤكم في الحياة الدنيا وفي الآخرة ولكم فيها ما تشتهي أنفسكم ولكم فيها ما تدعون نزلا من غفور رحيم} ((فصلت : ٠ ٣٢/٣))
وقال تعالى { إن الذين قالوا ربنا الله ثم استقاموا فلا خوف عليهم ولا هم يحزنون أولئك أصحاب الجنة خالدين فيها جزاءً بما كانوا يعملون} (( الأحقاف : ١٣/١٤))
85 - وعن أبي عمرو، وقيل: أبي عمرة سفيان بن عبد الله رضي الله عنه قال: قلت: يا رسول الله قل لي في الإسلام قولاً لا أسأل عنه أحداً غيرك. قال: "قل آمنت بالله: ثم استقم" ((رواه مسلم)).
86 - وعن أبي هريرة رضي الله عنه : قال: قال رسول الله ﷺ قاربوا وسددوا، واعلموا أنه لن ينجو أحد منكم بعمله" قالوا: ولا أنت يا رسول الله ؟ قال: "ولا أنا إلا أن يتغمدنى الله برحمة منه وفضل" ((رواه مسلم)).و المقاربة : القصد الذي لا غلو فيه ولا تقصير. و السداد: الاستقامة والإصابة و يتغمدني يلبسني ويسترني
قال العلماء: معنى الاستقامة: لزوم طاعة الله تعالى؛ قالوا: وهي من جوامع الكلم ، وهي نظام الأمور ،
وبالله التوفيق.
Terjemah:
8-Bertindak Lurus :
Allah Ta'ala berfirman: "Maka bertindak luruslah engkau sebagaimana engkau diperintahkan." (Hud: 112)
Allah Ta'ala berfirman pula: "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan bahawa Allah adalah Tuhan kita semua, kemudian mereka itu bertindak lurus-berpendirian teguh, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka dan berkata: "jangan engkau semua takut dan jangan pula berduka-cita dan terimalah berita gembira memperolehi syurga yang telah dijanjikan kepadamu semua. "Kami Allah menjadi pelindungmu semua dalam kehidupan dunia dan pada hari kemudian. Di situ engkau semua memperolehi apa-apa yang menjadi keinginan hatimu dan di situ pula engkau semua mendapatkan apa saja yang engkau semua minta. "Hidangan dari Tuhan yang Maha Pengampun dan Penyayang." (Fushshilat: 30-32)
Allah Ta'ala berfirman lagi: "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan bahawa Allah adalah Tuhan kita semua, kemudian mereka bertindak lurus berpendirian teguh dalam kebenaran maka mereka tidak akan merasa takut dan tidak akan merasa berduka-cita.
"Merekalah yang dapat menempati syurga, mereka kekal di dalamnya, sebagai balasan dari apa-apa yang mereka lakukan." (al-Ahqaf: 13-14)
85-Dari Abu 'Amr, ada yang mengatakan namanya Abu 'Amrah, Sufyan bin Abdullah radhiyallahahu anhu katanya: "Saya bertanya: Ya Rasulullah, katakanlah padaku dalam Islam tentang suatu ucapan yang saya tidak akan menanyakan lagi pada seseorang selain Tuan." Rasulullah ﷺ bersabda: "Katakanlah, saya beriman kepada Allah kemudian bertindak luruslah berpegang teguhlah pada kebenaran." (Riwayat Muslim)
Maksudnya bertindak lurus itu ialah: Kalau kita telah mengaku beriman pada Allah, hendaklah kita jangan segan berlaku yang benar dan jujur, misalnya benar-benar memperjuangkan cita-cita Islam. Maka jangan hanya menamakan dirinya itu seorang Islam sekadar hanya pengakuan kosong belaka, tetapi berlakulah yang benar sebagai seorang Muslim.
86-Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu katanya: Rasulullah ﷺ bersabda: "Bersengajalah secara sederhana tidak sangat muluk-muluk ataupun teledor dan bertindak luruslah, juga ketahuilah bahawasanya tidak seseorang pun yang dapat selamat kerana amalnya." Para sahabat bertanya: "Sekalipun Tuan sendiri juga tidak dapat diselamatkan oleh amalnya ya Rasulullah." Beliau ﷺ menjawab: "Sayapun tidak dapat, kecuali jikalau Allah menutupi diriku memberikan kurnia padaku dengan kerahmatan daripadaNya serta dengan keutamaanNya." (Riwayat Muslim)
Para ulama berkata: Makna istiqamah, iaitu tetap taat kepada Allah Ta'ala. Mereka mengatakan bahawa istiqamah itu adalah termasuk dari golongan jawami'ul kalim yakni sedikit kata-katanya tetapi luas pengertiannya dan istiqamah itulah yang merupakan kenizhaman segala perkara.
Wa billahi taufiq.
=================
Karya: Al-Imam Al-Allamah Abu Zakaria Muhyiddin bin Syaraf an-Nawawi ad-Dimasyqi radhiyalllahu anhu.
- .
Tidak ada komentar:
Posting Komentar